Orang yang beriman itu
sangat kuat kecintaannya kepada Allah (Al-Baqarah 2:165)
Sesungguhnya Allah telah
memberi kita nikmat yang begitu banyak sekali namun Allah hanya meminta sesuatu
untuk segala-galanya yang diberi olehnya. Iaitu dengan mengaku bahawa Tiada
tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w merupakan pesuruh Allah.
Mengapa kita perlu
cintakan Allah? Jawapannya mudah sebab Allah yang paling mencintai kita. Allah
mencintai kita lebih daripada sesiapa sahaja yang telah, sedang atau akan
mencintai kita.
Bertapa malangnya
manusia yang tidak mengenal Allah dari masa lahir sehinggalah dia meninggal.
Ada juga yang sangat bernasib baik di mana dalam sesuatu peringkat hidupnya
Allah memberinya hidayah. Lalu orang tersebut tersentak bahawa cinta sebenar
adalah cinta kepada Allah.
Tanda
Cintakan Allah
Sahl bin Abdullah
berkata, "Tanda cintakan Allah adalah cintakan al-Quran. Tanda cintakan
al-Quran adalah cintakan Nabi s.a.w. Tanda cintakan Nabi s.a.w adalah cintakan
sunnah Baginda. Tanda cintakan sunnah Baginda adalah cintakan akhirat. Tanda
cintakan akhirat adalah tidak mencintai diri sendiri. Tanda tidak mencintai
diri sendiri adalah membenci dunia. Dan tanda benci dunia adalah tidak
mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup."
Mati
Syarat Bertemu Allah
Imam al-Qurtubi menerusi
satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitabnya al-Hilyat
menyatakan: ketika Nabi Ibrahim a.s. didatangi Izrail untuk mencabut nyawanya,
berkata Ibrahim kepada Allah s.w.t : "Wahai Izrail, pernahkah seorang
kekasih mencabut nyawa seorang kekasihnya sendiri?' Lalu Izrail memberitakan
pertanyaan Ibrahim ini kepada Allah s.w.t . Maka Allah s.w.t. memerintahkan
Izrail menyampaikan jawapannya kepada Ibrahim sebagaimana firman-Nya yang
bermaksud: "Wahai Ibrahim, Apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang
tidak gembira untuk bertemu dengan kekasihnya sendiri?" Apabila Ibrahim
mendengar jawapan Allah menerusi Izrail ini, berkata Ibrahim: " Wahai
Izrail, cabutlah nyawaku saat ini juga!"
Inilah kesempurnaan
mahabbah hamba terhadap Rab-nya. Ia pasti terhasil apabila sifat kehambaan itu
dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan yang singkat ini.
Resipi
Menambah Cinta Terhadap Allah
1. Menjaga ibadah-ibadah
yang wajib
2. Membaca dan tadabbur
al-Quran
3. Sentiasa berzikir
kepada Allah s.w.t
Sesungguhnya saya cukup
kesal sebab lambat mengenalMu Ya Allah, namun saya bersyukur kerana Allah masih
sentiasa cinta kepada saya dan memberi hidayah kepada saya walaupun kadang-kala
saya jauh dariNya.
Ya Allah, sekiranya
diizinkan olehMrefu, matikanlah hamba dalam keadaan beriman kepadaMu.
Wallahua'lam.