Sunday, June 22, 2014

Berhati-hati Dalam Penyampaian Hadith Atas Nama Rasulullah S.A.W.


Setiap kali menjelang / datangnya bulan Ramadhan, maka kita tidak pernah jemu mendengar hadith-hadith Rasulullah S.A.W. berkaitan puasa, kelebihan bulan Ramadhan dan keutamaannya.


Ramai orang juga akan menulis / menyampaikan tazkirah / ceramah mereka dengan menggunakan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. yang sahih dan tidak kurang juga yang menggunakan hadith-hadith yang dha`if (lemah) dan maudhu`(palsu). Tujuan mereka baik dan dipuji, namun tujuan sahaja baik tidak memadai jika tidak mengikut landasan syariat.



Umat Islam zaman sekarang sudah tidak mengambil berat tentang larangan Rasulullah S.A.W. supaya jangan berdusta atas nama beliau. Perkara ini telah disebut di dalam hadith yang mutawatir:


"من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار"

Maksudnya: "Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, bersiap-sedialah dengan tempat duduknya di neraka". (HR Bukhari, 5/37, no. 1209)

Sesungguhnya agama ini telah sempurna dan ia tidak memerlukan sebarang penambahan dengan pendustaan hadith-hadith palsu, kerana setiap perkataan, perbuatan, dan pengakuan Rasulullah S.A.W. itu berunsurkan wahyu. Sudah ada banyak hadith-hadith sahih di dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim yang tidak sempat kita membaca dan menyebarkannya pun, maka tinggalkan yang meragukan dan ambillah apa yang sudah pasti sahih. Ingatlah ancaman Rasulullah S.A.W.! Niat tidak pernah menghalalkan cara!

Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlu berhati-hati apabila ingin menyampaikan sesuatu hadis dengan menggunakan nama Rasulullah S.A.W. dan kita mesti meneliti / menyiasat kesahihannya sebelum kita share / menyampaikannya kepada orang lain. 

Allah knows the best.


* Berikut adalah salah satu contoh hadith yang tersebar luas dan DIKATAKAN sumbernya adalah dari hadith Rasulullah S.A.W.