Friday, December 27, 2013

What is Marriage?

Petikan artikel ini saya dapati dari fb rakan saya yang merupakan seorang kaunselor yang berpengalaman. Beliau selalu berkongsi ilmu & pengalamannya handle sesuatu kes dengan saya. Ilmunya amat berguna, sama ada untuk diri sendiri, ataupun untuk menasihati orang lain. Semoga bermanfaat....



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Siapakah pasangan anda yang telah anda kahwini dan bakal anda kahwini?


Biar saya jawab, pasangan anda ini :
  1. Berlainan jantina
  2. Berlainan latar belakang
  3. Berlainan pendapat dari anda.
  4. Berlainan cara berfikir
  5. Berlainan cara bertindak
  6. Berlainan kegemaran 
  7. Berlainan perkara yang tidak disukai atau digemari
  8. Berlainan rujukan. Maknanya apabila menghadapi sesuatu isu, sumber rujukannya berbeza dari anda.
  9. Berlainan konsep hidup
  10. Berlainan mood
  11. Berlainan parti politik (maybe)
  12. Berlainan keperluan
  13. Berlainan kemahuan
  14. Berlainan konsep
  15. Berlainan panduan
  16. Berlainan matlamat dan cita-cita
  17. Berlainan bla bla bla bla....
Inilah pasangan anda. Banyak perkara yang perlu dikompromi. Tidak ada yang serupa. Jika anda mencari pasangan yang sama ideologi seperti anda, anda tak akan berjumpa.

Alasan penceraian sesetengah pasangan adalah tidak ada persefahaman. Memang dalam perkahwinan tidak mungkin ada SATU PERSEFAHAMAN sahaja. Perkahwinan akan ada 2 FAHAMAN kerana yang kahwin pun 2 orang.

Jika anda mahu perkahwinan yang ada satu FAHAMAN sahaja, anda boleh kahwin dengan robot buatan JERMAN atau JEPUN yang telah diprogramkan.

Indahnya berkahwin bila kita tahu akan ada pendapat berbeza. Di situlah kita belajar mencapai matlamat bersama. Win-win situation.

Suami nak bercuti ke Jakarta dan isteri nak bercuti di Langkawi. Kan ke indah tu. Bila bincang dan dapat keputusan, cuti di PARIS. Dua2 seronok sebab dapat pergi ke tempat yang lebih best.

Inilah indahnya. Lepas bincang suami boleh peluk dan cium isteri. And HALAL.

Kesimpulannya, perkahwinan adalah perbezaan bukan persamaan.

Kita kan janji nak hidup selama boleh dengan pasangan masing-masing. Tunaikanlah janji tersebut. Tak akanlah sebab tak serupa kita nak berpisah. Murahnya CINTA.

Jom sama-sama letak harga perkahwinan kita, kita sayang pasangan kita walaupun banyak perbezaan. Belajarlah kemahiran berkompromi, kemahiran komunikasi, kemahiran menghadapi konflik dan kemahiran merajuk secara profesional (terutama para isteri).

Jangan merajuk secara emotional, buruk rupanya. Perajuk Profesional lebih nampak kelas.

Lelaki kena belajar Kemahiran Memujuk Secara Profesional jua.

Bahagialah rumahtangga kita semua.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

0 comments: