Tuesday, April 7, 2015

Happy Cloth Diapering~~~

Assalamualaikum wa Rahmatullaah wa Barakaatuh,

Alhamdulillah... Semalam pakcik pos laju hantar sebungkus bungkusan cloth diaper (CD) yang saya order online last week. Selamat sampai ke tangan tuan punya. Yeay~

Tak sabar betul nak buka bungkusan itu. Ada 10 pcs in total. Supplier itu siap bagi satu free big laundry bag & disertakan dengan nota "cinta" - panduan mencuci CD. Malam semalam juga terus pergi Manjaku beli Pureen HAD - khas untuk mencuci CD. Ramai mommies recommend brand ini untuk mencuci CD. 

Sebenarnya, sebelum Hui Zhen dilahirkan, memang dah tahu kewujudan CD ini. Cuma tak pergi explore what is CD actually. Lagipun, waktu tu tak terfikir pasal kos pampers pun. 

Sekarang tengah tunggu baby kedua ini lahir, kos kehidupan in future pasti akan meningkat. Tambahan pula dengan isu hangat terkini - GST, baru terfikir nak mula "cut cost" untuk jangka masa pendek & jangka masa panjang.

Saya start study pasal CD ini few weeks ago. Siap masuk dalam beberapa group FB khas untuk CD. Tak main-main ya. Betul-betul study ni. Hehe...

Saya dah baca semua dokumen CD yang berkaitan dalam group tersebut dan juga pm beberapa orang supplier untuk diminta memberi tunjuk ajar. Sebabnya, makin saya baca, makin pening jadinya. Tapi, few suppliers yang saya tanya tu tak berapa pandai nak explain secara detail. Ada juga try cari kelas tentang CD, tapi tak ada juga.

Sungguh saya tak faham, how come ada so many babywearing classes, but none for cloth diaper class? Frust nyaaaaa.... Saya cadangkan sesiapa yang pakar dalam CD ini boleh la share experience mereka ataupun buatkan class untuk newbies. :)

Disingkatkan cerita, akhirnya, dapat juga tunjuk ajar dari seorang supplier ini. Sister ini rajin membalas soalan saya yang bertubi-tubi. Kasihan dia kena layan soalan saya dari awal 7 pagi lagi. Tapi, saya kena tanya juga, kalau tak sampai bila saya nak faham kan?

CD ini cadangnya nak bagi newborn baby & Hui Zhen pakai nanti... Kena cuci dulu la kan. Tak sempat lagi nak cuci semalam & hari ini.


cloth diaper and free laundry bag
Cloth diapers + free laundry bag

panduan cuci cloth diaper
Panduan cuci cloth diapers dari supplier

pureen HAD pencuci cloth diaper
Pureen H.A.D. - khas untuk mencuci CD


CD ini... ada banyak jenis. Insert CD pun ada macam-macam. Newbie macam saya ini mesti banyak membaca & bertanya. For your info, baca sahaja tak semestinya faham ya.

InsyaAllah, saya akan cuba gain more knowledge in this field and will try to help other mommies who want to try CD for their babies. Ilmu yang baik & berguna mestilah disebar-sebarkan. (^,^)

Our journey of cloth diapering will begin soon. Wait for our updates from time to time ya.

0 comments: