Saturday, August 4, 2012

Perangkap Syaitan Di Bulan Ramadhan

** Kisah untuk peringatan kepada diri dan juga rakan sekalian (memandangkan bulan Ramadhan telah tiba).

One day, during my discussion with my hubby. He said, "Syaitan ini... Sangat bijak."

Then, i asked him back, "Why did you say so?"

He said, "Sedarkah kita semua tentang perangkap yang Syaitan sediakan untuk kita sebelum, semasa dan selepas bulan Ramadhan?



Sebelum :

1. Makanlah sepuas-puasnya sebelum tibanya bulan Ramadhan, kerana bila anda dah mula berpuasa, anda dah tak banyak makan.
2. Usahlah anda bertaubat sekarang, sebab bulan Ramadhan akan menjelang, tunggulah dan bertaubatlah pada bulan Ramadhan nanti. (Sedangkan anda tidak tahu sama ada anda akan hidup sampai Ramadhan ataupun tidak)

Semasa :

1. Pergilah buffet Ramadhan, itulah ganjaran anda setelah berpuasa sepanjang hari. (Akhirnya membazir makanan, malas tarawikh dan tahajjud akibat makan terlalu kenyang)
2. Masih awal lagi untuk anda bertaubat, tunggulah sehingga akhir bulan Ramadhan baru bertaubat. (Akhirnya terus-menerus berbuat dosa sehingga tamatnya bulan Ramadhan pun masih tidak meminta keampunan dari Allah)
3. Belilah barang dan tumpukan perhatian kepada Raya nanti, tidak usahlah susah-payah untuk berpuasa dan sebagainya. (Situasi ini amatlah biasa berlaku pada akhir 10 hari bulan Ramadhan, sedangkan ada ulama yang mengatakan Lailatul Qadar jatuh pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan)

    Selepas :

    1. Makanlah sepuas-puasnya, kerana inilah ganjaran anda setelah bersusah-payah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. (Akhirnya terlampau banyak makan dan pembaziran makanan berlaku)
    2. Buatlah sebanyak dosa yang anda kehendaki, dan tungguhlah bulan Ramadhan tahun depan untuk bertaubat, sesungguhnya Allah Maha Pengampun. (Adakah anda pasti anda akan hidup walaupun sampai keesokkan harinya ataupun saat seterusnya?)"

    Astaghfirullah... Liciknya tipu helah Syaitan. Jika kita tidak sentiasa berwaspada, bila-bila masa sahaja kita akan terjebak dalam perangkap Syaitan.

    Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu, maka anggaplah ia musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni api yang menyala." [Fathir 35:6]

    0 comments: