Ingatlah wahai umat Islam sekalian di mana
Nabi Muhammad s.a.w
bersabda bahawa : Amalan yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) daripada
seorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Maka berkata Allah s.w.t kepada
para malaikat-Nya, dan Ia Maha Mengetahui: ‘Telitilah pada solat hamba-Ku, adakah ia
sempurnakannya atau kurang. Sekiranya lengkap sempurna tulislah sempurna,
kiranya ada yang kurang, maka berkatalah Allah s.w.t : Telitilah sekiranya
terdapat solat-solat sunatnya bagi membantu menyempurnakan solat fardhunya.’”
(Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud no 864, 1/229; Musnad Ahmad. No. 9490,
2/245)
Amat jelas daripada hadis di atas bahawa solat adalah
perkara perkara yang akan dihisab pada hari kiamat nanti, akan tetapi pada hari
ini ramai yang mengambil remeh pasal solat. Berapa ramaikah umat Islam yang
masih ingat pesanan Nabi Muhammad s.a.w di mana Baginda bersabda :
Kamu dirikanlah solat sebagaimana kamu melihat
aku solat. (Riwayat al-Bukhari).
Maka disini
sememangnya kita mengikut cara Nabi solat dengan mempelajari kaedah dan sifat
cara solat dan mengamalkannya.
Salah satu
perkara yang telah banyak ditinggalkan oleh umat Islam walaupun golongan yang
selalu pergi solat di masjid dalam solat mereka adalah : SAF.
Saf ? Pentingkah Saf ?
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : Luruskanlah saf
kamu (ketika solat), sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku. (Sahih
al-Bukhari, no 687, 1/253)
Dan
"Luruskan saf-saf kalian kerana lurusnya
saf merupakan sbahagian dari kesempurnaan solat!" [HR Bukhari-Muslim]
Dan
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : Mestilah kamu
meluruskan saf kamu atau kamu akan bercanggah (melakukan kesalahan) dengan
arahan Allah di hadapan-Nya. (Sahih al-Bukhari, no 685, 1/253)
Amat jelaslah
saf merupakan salah satu syarat sempurnanya solat. Maka seharusnya kita cuba
sedaya upaya untuk melakukannya sebab untuk merapatkan saf bukannya susah :
rapatkan bahu dengan bahu dan kaki dengan kaki. Malahan ia lagi senang daripada
memakai jubah. Sekiranya anda selalu memakai jubah untuk solat, susah sangatkah
untuk anda rapatkan saf ? sedangkan yang menjadi tuntutan di sini adalah
rapatkan saf.
Malahan
dalam Fath al-Bari ada dinyatakan bahawa hadis untuk merapatkan saf amat
penting dan memberikan ancaman bagi mereka yang bermalasan dalam merapat dan
meluruskan saf. Tanpa disiplin tersebut, manusia akan berada dalam rasa keegoan masing-masing hingga berasakan
geli untuk menyentuh kaki ahli jemaah di sebelah mereka. Di samping itu, ia
juga menunjukkan jemaah tersebut kurang
ilmunya hingga akhirnya tindakan ini jika dibiasakan maka Allah s.w.t akan
membiarkan berlakunya permusuhan dan
pertengkaran dalam masyarakat ini. (Fath al-Bari, Ibn Hajar, 2/207)
Bukankah apa
yang dinyatakan telah berlaku sekarang :
1. 1。 Manusia
berada dalam keegoan masing-masing ?
2. 2。 Berasakan
geli untuk menyentuh kaki jemaah lain ?
3. 3。 berlakunya
permusuhan dan pertengkaran dalam masyarakat ?
Kesimpulannya,
rapatkan saf bukannya sesuatu yang susah dan untuk mengamalkannya cukuplah
senang sekali, sama-samalah kita rapatkan saf dalam solat kita yang akan datang
agar solat kita sempurna dan supaya kita selamat apabila kita dihisab di
akhirat kelak tentang solat. Peringatan untuk diri dan rakan-rakan sekalian. Wallahualam.
1 comments:
Kebiasaannya sebelum mendirikan solat, Imam akan meminta jemaah untuk meluruskan saf dan juga merapatkan saf dengan menyentuh hujung jari kaki dengan orang di sebelah...tapi arahan dari Iman seolah-olah hanya rutin tanpa pemberatan sebenar dari Imam dan jemaah tidak begitu ambil peduli. Saya pernah mendengar cerita semasa zaman Rasulullah dan khulafa alrashidin tidak akan mengangkat takbir sehingga saf telah rapat dan lurus. Saya selalu cuba merapatkan saf dengan menyentuh hujung jari kaki di kedua-dua belah tapi selalu sahaja dielak oleh orang di sebelah saya. Nikmat mendapat saf yang lurus dan rapat hanya saya perolehi apabila saya tinggal di UK. Inilah salah satu sebab kita Muslim di Malaysia tidak berupaya untuk menguasai dunia.
Post a Comment