Monday, December 30, 2013

The A to Z of Marriage


A ppreciate each other.
B e best buddy and
C ompanions who Compromise. Co-operate and create everlasting bonds.
D iscover new things together.
E ncourage each other for good deeds.
F orgive and forget matters which cause distance.
G aze into each others eyes.
H old hands to work for spreading deen.
I nspire and intrigue each other towards Islam.
J oke and laugh, race each other have fun its sunnah
K eep each other’s secrets.
L ove with all your hearts for the sake of Allah alone.
M arvel at each other's talents it will crush your ego
N uture and nourish each other's soul.
O vercome problems together.
P ray for each other and the ummah too
Q uran your guide and motivator
R emember little things matter a lot
S unnah way of life in every juncture of life
T ake time for muhasibah
U nderstand and care deeply.
V alues and morals from lives of Sahaba to be implemented practically
W onder at the marvels of Allah’s creations together
X –change Islamic greetings
Y earn for pleasing the Creator
Z zzzz less and worship more.

Sunday, December 29, 2013

Akidah Problem

When you have doubt about foundation about Islam, clarify it immediately and do not wait for the chance to appear in front of you because this small akidah issue will most probably lead to big problem that is to associate something with Allah. 

When a building has problem on its foundation, the contractor will definitely solve its foundation problem first before proceed to other stages of building. That is why the laying of pillars for building normally take a long time compare to other stages. 

Spend more time in building your foundation in Islam before you proceed to learn discipline. That is far more important and wise as that is how the way Allah actually teach the Prophet pbuh and companion.

Friday, December 27, 2013

Face it OR Facebook it?

When there are problems among you and your family members, Face it and solve it, not Facebook it

You won't solve it but you will probably create more problems to yourself such as backbiting, false accusation and maybe worsen your relationship. Allah want His servant to face the problem and not run away from them as this world is a test. And all the tests that we face is to strengthen us and to make us to be someone better.


Remember :

"And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to As-Sabirin (the patient ones, etc.). Who, when afflicted with calamity, say: "Truly! To Allah we belong and truly, to Him we shall return." They are those on whom are the Salawat (i.e. blessings, etc.) (i.e. who are blessed and will be forgiven) from their Lord, and (they are those who) receive His Mercy, and it is they who are the guided-ones." (2:155-157)


Are You Ready for Marriage?

Perkahwinan bukanlah sesuatu yang senang, maka janganlah anda mengambil jalan yang mudah untuk mencapai matlamat anda. Contohnya ialah pergi ke Thailand untuk mendaftarkan perkahwinan, berkahwin tanpa izin ibu bapa.

Sebelum itu, tanyalah diri sendiri terlebih dahulu, adakah anda sudah bersedia untuk berkahwin melalui beberapa persoalan di bawah:
  1. Adakah untuk berjumpa / berbincang dengan bakal mertua itu sesuatu yang payah? Sekiranya payah kenapa anda hendak menempuh sesuatu yang lagi susah iaitu 'Perkahwinan'?
  2. Adakah melalui sedikit proses perkahwinan contohnya kursus pra-perkahwinan, borang, wali hakim dan sebagainya yang melibatkan mungkin sedikit birokrasi merupakan proses yang payah? Sekiranya begitu, kenapa anda bercadang untuk mengambil cabaran bagi menempuh ujian yang lagi payah untuk jangka masa yang lagi lama daripada proses tersebut iaitu 'Perkahwinan'?
  3. Untuk pihak lelaki, adakah anda cukup 'lelaki' untuk berhadapan dengan bakal mertua anda? Sekiranya ya, maka buatlah apa yang anda patut sebagai 'lelaki' untuk mendapatkan perempuan berkenaan dan bukannya ikut cara 'short-cut'.
  4. Untuk pihak perempuan, sanggup ke anda mengikut seseorang lelaki yang tidak berani untuk berhadapan dengan ibu bapa anda? Adakah lelaki macam ini yang menjadi idaman sebagai Imam anda? Pilihlah secara bijak sebab lelaki inilah yang akan membimbing anda dan anak anda nanti.

p/s : Semua persoalan di atas adalah untuk kes-kes yang saya pernah terima secara umum.

Fried Soy Beans Steamed Egg

Salam, I'm Mei - as known as Mrs. Ng. (not famous, so no need to intro further, right? hehe...)

This post is imported from my existing blog. My hubby & I decided to combine our blogs into 1 blog only. Main reason is because we do not want to spend too much time on 2 blogs since our blogs' concept are same : sharing & da'wah. (Plus my blog didn't have many posts compare with my hubby's one. It's better to delete mine than his. My interest is more on "to make the blog looks NICE" only. ;P)

**************************************

My hubby tried his new recipe today : Fried Soy Beans Steamed Egg. It just takes few steps to make it. Very easy. Have a try!

Da'wah

Ramai yang suka dan gembira apabila orang masuk Islam, akan tetapi bila disuruh untuk berkongsi pasal Islam, banyak alasan yang akan diberi. Dan yang lagi teruk apabila Non-Muslim bertanya pasal Islam, mereka berkata : Anda tidak perlu tahu pasal Islam. 

Sudah lupakah kita kepada amaran Allah dalam ayat di bawah?

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan." (2:140)

Ramai orang suka menggunakan hadith : "Sampaikanlah walaupun satu ayat." Tapi apakah yang disampaikan oleh mereka? Ayat Quran? Hadith? Fitnah? Berita yang tidak pasti kesahihannya? Isu yang memburuk-burukkan agama lain?

Adakah kita memang mengikut suruhan Nabi s.a.w untuk menyampaikan walaupun satu ayat? Berapa ayat Quran yang kita telah hafal dan telah sampaikan kepada orang lain?

Peringatan kepada diri dan yang lain.


Do We REALLY Love Islam?

A parents who are proud of their children will normally talk about their children to others.

A salesman who is proud of his product will never hesitate to introduce it to his customer.

We Muslim today claim we love Islam.


But......
  1. What have we done to introduce Islam to others?
  2. How many years have we being a Muslim but how many verses have we convey to others? 
  3. For those who say you don't have much knowledge about dakwah, so what have you done to improve your knowledge to do dakwah? 
  4. After we went for dakwah courses, how many of those knowledge that we actually practice it and convey to others?
  5. Are we ready to answer to Allah if He call us back the next minute?

Solution : Why not we start showing our love towards Islam by sharing at least one verse per day to some of our non-Muslim friends?

Reminder to myself and others.

What is Marriage?

Petikan artikel ini saya dapati dari fb rakan saya yang merupakan seorang kaunselor yang berpengalaman. Beliau selalu berkongsi ilmu & pengalamannya handle sesuatu kes dengan saya. Ilmunya amat berguna, sama ada untuk diri sendiri, ataupun untuk menasihati orang lain. Semoga bermanfaat....



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Siapakah pasangan anda yang telah anda kahwini dan bakal anda kahwini?


Biar saya jawab, pasangan anda ini :
  1. Berlainan jantina
  2. Berlainan latar belakang
  3. Berlainan pendapat dari anda.
  4. Berlainan cara berfikir
  5. Berlainan cara bertindak
  6. Berlainan kegemaran 
  7. Berlainan perkara yang tidak disukai atau digemari
  8. Berlainan rujukan. Maknanya apabila menghadapi sesuatu isu, sumber rujukannya berbeza dari anda.
  9. Berlainan konsep hidup
  10. Berlainan mood
  11. Berlainan parti politik (maybe)
  12. Berlainan keperluan
  13. Berlainan kemahuan
  14. Berlainan konsep
  15. Berlainan panduan
  16. Berlainan matlamat dan cita-cita
  17. Berlainan bla bla bla bla....
Inilah pasangan anda. Banyak perkara yang perlu dikompromi. Tidak ada yang serupa. Jika anda mencari pasangan yang sama ideologi seperti anda, anda tak akan berjumpa.

Alasan penceraian sesetengah pasangan adalah tidak ada persefahaman. Memang dalam perkahwinan tidak mungkin ada SATU PERSEFAHAMAN sahaja. Perkahwinan akan ada 2 FAHAMAN kerana yang kahwin pun 2 orang.

Jika anda mahu perkahwinan yang ada satu FAHAMAN sahaja, anda boleh kahwin dengan robot buatan JERMAN atau JEPUN yang telah diprogramkan.

Indahnya berkahwin bila kita tahu akan ada pendapat berbeza. Di situlah kita belajar mencapai matlamat bersama. Win-win situation.

Suami nak bercuti ke Jakarta dan isteri nak bercuti di Langkawi. Kan ke indah tu. Bila bincang dan dapat keputusan, cuti di PARIS. Dua2 seronok sebab dapat pergi ke tempat yang lebih best.

Inilah indahnya. Lepas bincang suami boleh peluk dan cium isteri. And HALAL.

Kesimpulannya, perkahwinan adalah perbezaan bukan persamaan.

Kita kan janji nak hidup selama boleh dengan pasangan masing-masing. Tunaikanlah janji tersebut. Tak akanlah sebab tak serupa kita nak berpisah. Murahnya CINTA.

Jom sama-sama letak harga perkahwinan kita, kita sayang pasangan kita walaupun banyak perbezaan. Belajarlah kemahiran berkompromi, kemahiran komunikasi, kemahiran menghadapi konflik dan kemahiran merajuk secara profesional (terutama para isteri).

Jangan merajuk secara emotional, buruk rupanya. Perajuk Profesional lebih nampak kelas.

Lelaki kena belajar Kemahiran Memujuk Secara Profesional jua.

Bahagialah rumahtangga kita semua.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Non-Muslim = Kafir?

Secara dasar, perkataan kafir bermaksud menutup. maka kafir adalah merujuk kepada orang yang telah mengetahui kebenaran Islam lalu menolaknya. 

"Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman." (2:6)

"Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)."(17:15)


Soalan : Adakah kita telah yakin mereka (Non-Muslim) telah mengetahui kebenaran Islam?

Hati-hatilah apabila hendak menuduh seseorang itu kafir ataupun fasik :

"Janganlah seseorang itu menuduh orang lain sebagai fasik atau kafir, sebab jika tidak benar, tuduhan itu kembali kepada dirinya". (HR. Bukhari)


Adakah orang Non-Muslim = Kafir?

Jawapan : Tidak. Sebab bukan semuanya mengetahui kebenaran dan salah satu sebabnya adalah kerana Orang Islam sendiri TIDAK MENYAMPAIKAN KEBENARAN ISLAM.

Monday, December 23, 2013

A Thought-Provoking Story

There was once a father and son.

When the father reached old age, the son began thinking about the inheritance money that would be due to him upon his father's death. His greed eventually overcame him and he became impatient, as it seemed his father's demise would not be imminent.

He therefore devised a plan to murder his father, and on a quiet night, approached his father's bedside as he slept. He tied his father up and carried him to a nearby bridge. 

As he was about to throw him off the bridge, his father stopped him and calmly said to him,
“Son, before you throw me off, just walk a couple of yards to your right for that is where I threw my own father from this very bridge.” 

Ultimately, what we do to our parents will be done to us by our children. 

May Allāh subḥānahu wa ta'āla (glorified and exalted be He) guide us all. Amin...

Wednesday, January 23, 2013

Solat Jama ?



Soalan : Saya tidak faham apa itu solat Jama. Bolehkah anda terangkan apa itu solat Jama ? Adakah Jama hanya boleh dilakukan apabila kita bermusafir ?



Jawapan :

Definisi Solat Jama

1. Dua solat yang disatukan dalam satu waktu.
2. Solat Jama dibahagi kepada dua iaitu :
  • Jama Taqdim - Menghimpunkan dua solat di awal waktu. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan solat Asar dalam waktu solat Zohor. Ia boleh juga dilakukan untuk solat Maghrib dan solat Isyak dihimpunkan di solat Maghrib
  • Jama Takhir - Menghimpunkan dua solat di akhir waktu. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan solat Asar  dalam waktu solat Asar. Ia boleh juga dilakukan untuk solat Maghrib dan solat Isyak dihimpunkan di solat Isyak.
  • Samada Jama Taqdim ataupun Jama Takhir sekiranya bukan dalam keadaan musafir maka dibuat secara penuh tanpa pengurangan rakaat. Contohnya : Zohor (4 rakaat) + Asar (4 rakaat) dan Maghrib (3 rakaat)  + Isyak (4 rakaat)
  • Manakala untuk orang yang musafir, solat mereka boleh dipendekkan untuk Zohor, Asar dan Isyak. Subuh dan Maghrib tidak dipendekkan. Contohnya :Zohor (2 rakaat) + Asar (2 rakaat) dan Maghrib (3 rakaat ) + Isyak (2 rakaat)


Sebab-sebab diharuskan Solat Jama

1. Jama kerana hujan
  • Berdasarkan Haith oleh Ibn Abbas yang bermaksud : “Rasulullah S.A.W telah melakukan jama solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di (Hadis riwayat al-Jamaah (semua ulama hadis yang terkemuka) kecuali al-Bukhari dan Ibnu Majah).

Dalam riwayat Muslim dan al-Tarmizi disebutkan tambahan : “Rasulullah S.A.W telah melakukan jama solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya”.

  • Hanya dilakukan oleh jemaah yang solat di masjid dan bukannya untuk yang solat di rumah. 
  • Jama yang dibenarkan hanya Jama Taqdim iaitu Zohor dan Asar di waktu Zohor, ataupun Maghrib dengan Isyak pada waktu Maghrib. 
  • Hujan yang dibenarkan ialah hujan yang membasahkan baju dan bukannya renyai-renyai. 
  • Ada di kalangan ulama Syafiiyah yang meletakkan syarat tambahan, iaitu jama kerana hujan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tinggal jauh dari masjid sahaja, dan barangsiapa yang tinggal dekat dengan masjid mereka tidak dibenarkan melakukan jama. (Pendapat ini disanggah oleh Imam Nawawi dari mazhab Syafii sendiri kerana menurutnya pendapat tersebut tiada asas yang kukuh dan tiada sandaran dalil yang kuat)
  • Rujukan : (Lihat : al-Syarbini al-Khatib (t.t), Mughni al-Muhtaj, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil : 1, hal : 275; al- Nawawi (1994M), Raudat al-Talibin, Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil : 1, hal. 503, al-Hisni al-Syafii (1994M), Kifayat al-Akhyar, tahqiq: A Hamid Ba Haji, Beirut : Dar al-Khayr, hal. 140)
     
2. Jama kerana sakit
  • Tidak ditemui hadith khusus atau athar (amalan atau perkataan) sahabat menjelaskan demikian. Di kalangan tabi’in hanya Ata’ b.Abi Rabah berpendapat orang sakit diberi kemudahan dan tidak ditemui tabi’in yang mengkritik pandangan ini.
  • Imam Malik dan Imam Ahmad berpendapat harus menghimpunkan solat kerana sakit.
  • Alasan dibenarkan ialah kerana Rasulullah s.a.w menghimpunkan solat semasa musafir dan hujan adalah rukhsah (keringanan) disebabkan semasa musafir dan hujan banyak kesusahan dan kesukaran. Oleh itu orang sakit lebih patut menghimpunkan solat, kerana kesusahan dan kesakitannya lebih ketara berbanding dengan musafir dan hujan.
  • Pendapatnya ini telah disokong oleh sesetengah ulama mazhab Syafii seperti al-Muzani, Imam al-Nawawi, Qadhi Hussin, al-Mutawalli, al-Rawayani, al-Khattabi dan lain – lain. al-Nawawi pula telah mengatakan : “Pendapat ini amat kuat!” (Lihat : al-Nawawi, ibid; al-Hisni, ibid; al-Sya’rani, opcit, jil. 1, hal. 236)
  • Pendapat ini amatlah sesuai untuk wanita yang sedang berpantang dan menyusu (pendapat Imam Ahmad) dan juga pesakit yang memerlukan banyak rehat.

3. Jama kerana hajat

  • Dalil adalah daripada Hadith : Ibnu Abbas r.a. berkata: Bahawasanya Nabi s.a.w. pernah menjamakan antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana musafir dan tidak kerana hujan. Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya. (Hadis Riwayat Muslim).

  • Hadis tersebut dikuatkan dengan hadis riwayat Ibn Syaqiq :
    Abdullah bin Syaqiq berkata:
    Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidato kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! . Kemudian berkata : Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakan sembahyang antara zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak.

  • Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas. (Hadis Riwayat Muslim)
  • Riwayat di atas menjelaskan bahawa Ibnu Abbas menjamakan sembahyang dalam keadaan bukan kerana bermusafir, bukan kerana ketakutan dan juga bukan kerana hujan. Di dalam kes ini dia telah men”jama”kan solatnya ketika berada dalam urusan penting, iaitui pidatonya itu. Dia mengetahui jika pidatonya itu dihentikan maka akan hilanglah kemaslahatannya. Menurut perkiraannya meneruskan pidatonya dianggap suatu hajat yang membolehkan jama. (Lihat : Prof. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Koleksi Hadis Hukum, Bandung : Penerbitan Bulan Bintang, jil. 4, hal. 350)
  • Segelintir daripada ulama di dalam mazhab al-Syafii seperti Abu Ishaq al-Marozi, al-Qaffal dan al-Khattabi (lihat : al-Hisni, opcit, hal. 141), ulama mutakhirin dari mazhab Ahmad, Asyhab dari mazhab Maliki, Ibn. Munzir pengarang buku al-Ijma, golongan ahli Zahir , mazhab ahli Hadis dan juga Ibn Sirin berpendapat harus melakukan “jama” kerana hajat yang benar – benar mendesak (Lihat : Ibn Rusyd, opcit., jil. 1, hal. 398; al-Sya’rani, opcit, jil. 1, hal. 236).

  • Kemudahan ini amatlah sesuai untuk situasi-situasi seperti di bawah :
    • Seorang Doktor yang tengah menjalankan pembedahan yang mengambil masa yang amat panjang.
    • Seorang pelajar yang terpaksa menjalani peperiksaan di luar Negara.
    • Seseorang yang terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.
    • Seorang saintis yang tengah menjalani ujikaji yang dia tidak boleh tinggalkan
    • Seseorang yang berada di dalam penjara tertentu yang menyebabkan dia tidak dapat mengetahui waktu.
    • Muallaf yang tinggal dengan kedua ibubapa yang masih tidak ketahui tentang pengislamannya.
    • Situasi-situasi lain yang akan menyebabkan seseorang amat susah untuk menunaikan solat.
  • Akan tetapi, kemudahan untuk menjamakan solat tidak dibenarkan secara mutlak. Para ulama yang membenarkan kemudahan tersebut telah meletakkan beberapa syarat seperti berikut :
    • Ia tidak menjadi kebiasaan dan hanya dibuat dalam keadaan yang benar-benar terdesak.
    • Hajat tersebut hendaklah benar – benar mendesak dan tidak boleh dielakkan, jikalau ianya (hajat) ditinggalkan maka ianya akan membawa kepada hilangnya maslahat yang lebih besar.
    • Ia tidak menjadi satu cara untuk mempermainkan agama dan mengambil mudah solat.

4. Jama kerana musafir

  • Ini merupakan amalan Nabi s.a.w semasa musafir sama ada berjalan atau singgah.
  • Dalil adalah daripada hadis Muaz b.Jabal meriwayatkan : Rasulullah s.a.w semasa peperangan Tabuk apabila matahari gelincir sebelum baginda berangkat baginda menghimpunkan solat Zohor dan Asar. Sekiranya baginda berangkat sebelum gelincir matahari, baginda menta’khirkan Zohor sehinggalah baginda singgah untuk solat Asar. (Riwayat Abu Daud)
  • Kemudahan ini telah banyak diketahui ramai maka jama kerana musafir tidak akan dibincang banyak dalam artikel kali ini dan akan dibincang lebih mendalam dalam artikel berkenaan musafir.


Kesimpulannya Islam merupakan agama yang indah dan amat mudah untuk dipraktiskan sekiranya kita mempunyai ilmu. Terdapat banyak kemudahan yang Allah berikan tidak dimanfaat sepenuhnya oleh kita kerana kekurangan ilmu. Maka adalah perlu untuk kita mengambil inisiatif untuk sentiasa menuntut ilmu demi memahami Islam dengan lebih terbuka. Wallahua’lam.