Monday, August 3, 2015

Homemade Apam Balik

Assalamualaikum wa Rahmatullaah wa Barakaatuh,

Kali ini kami try buat apam balik sendiri. Senang je caranya. Tak perlu beli lagi kat luar. Sedap juga. Jimat~ (lepas ni boleh la buka gerai jual apam balik... hahahahaha)

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1.5 cawan air
1/3 cawan gula
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis mauripan
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam

Bahan tabur:
Kacang tanah yang telah dikisar
1 tin jagung cream
Susu pekat (optional)
Gula (optional)


Cara-cara:
  1. Blend telur & gula hingga kembang.
  2. Masukkan baking powder, yis, minyak & garam, blend. Masukkan air, blend lagi.
  3. Masukan tepung, blend lagi.
  4. Perap 1 hingga 2 jam.
  5. Guna kuali non stick, tak perlu letak minyak.
  6. Tuangkan adunan yang diperap tadi. Ikut cita rasa sendiri, sama ada nak buat besar atau kecil.
  7. Taburkan bahan taburan (ikut cita rasa sendiri).
  8. Biarkan beberapa minit & angkat.
  9. Siap untuk dihidang & makan!
cream corn royal elephant
jagung cream yang digunakan 

homemade apam balik
tadaa~~ siap dah homemade apam balik kamek!

homemade apam balik
isi homemade apam balik


Wednesday, June 17, 2015

Recipe Simple Pancake & Banana Pancake

Assalamualaikum wa Rahmatullaah wa Barakaatuh,

Sebelum ini saya dah cuba buat pancake biasa. Hari ini pula buat banana pancake sebagai breakfast. Sebab Hui Zhen suka makan banana. Terfikir maybe dia akan suka banana pancake.

So, sini ada 2 simple recipes : pancake biasa & banana pancake ya.


Pancake Biasa

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan fresh milk
1 biji telur
1.5 sudu gula
1 sudu mentega
1 sudu kecil baking powder
Sedikit vanilla essence

Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan di atas & kacau sehingga sebati.
  2. Ambil 1 senduk adunan bahan tadi & tuangkan ke dalam non-stick pan. Gunakan api kecil je tau.
  3. Terbalikkan pancake selepas 2-3 minit (depends).
  4. Dah siap. Boleh dihidangkan. Sapu madu jika nak lebih sedap. :)
Remarks:
Kalau nak quantity yang lebih banyak, boleh double up / triple up the ingredients above.


simple pancake
Pancake biasa. "Love" shape pancake itu saja buat surprise untuk mr hubby. :D


✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ 

Flourless Banana Pancake

Bahan-bahan:
1 biji pisang
2 biji telur

Cara-cara:
  1. Penyekkan / hancurkan pisang.
  2. Campur pisang yang telah dihancurkan dengan telur & kacau sehingga sebati.
  3. Ambil 1 senduk adunan bahan tadi & tuangkan ke dalam non-stick pan. Gunakan api kecil.
  4. Terbalikkan pancake selepas 2-3 minit (depends).
  5. Dah siap. Boleh dihidangkan.
Remarks:
Kena letak sedikit minyak masak / mentega dalam non-stick pan sebelum letak adunan bahan. Ini disebabkan telur cepat masak & mudah melekat berbanding pancake biasa tadi. (maybe non-stick pan saya tak begitu high quality kut..)

banana pancake
Banana pancake. Wangi & sedap. Tak perlu sapu apa-apa jem pun dah cukup sedap. Yummy! 


eating banana pancake
Hui Zhen loves the banana pancake a lot! Next time mama buat lagi ek..


Friday, December 27, 2013

Fried Soy Beans Steamed Egg

Salam, I'm Mei - as known as Mrs. Ng. (not famous, so no need to intro further, right? hehe...)

This post is imported from my existing blog. My hubby & I decided to combine our blogs into 1 blog only. Main reason is because we do not want to spend too much time on 2 blogs since our blogs' concept are same : sharing & da'wah. (Plus my blog didn't have many posts compare with my hubby's one. It's better to delete mine than his. My interest is more on "to make the blog looks NICE" only. ;P)

**************************************

My hubby tried his new recipe today : Fried Soy Beans Steamed Egg. It just takes few steps to make it. Very easy. Have a try!