Assalamualaikum wa Rahmatullaah wa Barakaatuh,
Sebelum ini saya dah cuba buat pancake biasa. Hari ini pula buat banana pancake sebagai breakfast. Sebab Hui Zhen suka makan banana. Terfikir maybe dia akan suka banana pancake.
So, sini ada 2 simple recipes : pancake biasa & banana pancake ya.
Pancake Biasa
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan fresh milk
1 biji telur
1.5 sudu gula
1 sudu mentega
1 sudu kecil baking powder
Sedikit vanilla essence
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan di atas & kacau sehingga sebati.
- Ambil 1 senduk adunan bahan tadi & tuangkan ke dalam non-stick pan. Gunakan api kecil je tau.
- Terbalikkan pancake selepas 2-3 minit (depends).
- Dah siap. Boleh dihidangkan. Sapu madu jika nak lebih sedap. :)
Remarks:
Kalau nak quantity yang lebih banyak, boleh double up / triple up the ingredients above.
Pancake biasa. "Love" shape pancake itu saja buat surprise untuk mr hubby. :D |
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿
Flourless Banana Pancake
Bahan-bahan:
1 biji pisang
2 biji telur
Cara-cara:
- Penyekkan / hancurkan pisang.
- Campur pisang yang telah dihancurkan dengan telur & kacau sehingga sebati.
- Ambil 1 senduk adunan bahan tadi & tuangkan ke dalam non-stick pan. Gunakan api kecil.
- Terbalikkan pancake selepas 2-3 minit (depends).
- Dah siap. Boleh dihidangkan.
Remarks:
Kena letak sedikit minyak masak / mentega dalam non-stick pan sebelum letak adunan bahan. Ini disebabkan telur cepat masak & mudah melekat berbanding pancake biasa tadi. (maybe non-stick pan saya tak begitu high quality kut..)
Banana pancake. Wangi & sedap. Tak perlu sapu apa-apa jem pun dah cukup sedap. Yummy! |
Hui Zhen loves the banana pancake a lot! Next time mama buat lagi ek.. |
0 comments:
Post a Comment