Wednesday, October 31, 2012

Isu Penggunaan Lilin dalam Kristianiti & Hukum Muslim Menggunakannya

Kristian

Dalam agama kristian sendiri ada terbahagi dua jenis ibadah iaitu:
ⓐ Sacrament = ibadah wajib
Dalam kristian ada 7 sacrament, manakala protestant ada 2 sacrament sahaja.
ⓑ Sacramental = ibadah sunat
Contoh : lilin, holy water, tanda salib, tasbih, kemenyan dan lain-lain.

Penggunaan lilin dalam agama kristian adalah dalam ibadah sunat iaitu sacramental. Akan tetapi sacramental tidak pernah disebut dalam kitab Bible sendiri.


Islam

Mengikut pendapat Sheikh Dr Yusuf Qaradhawi dalam buku bertajuk “Halal & Haram” dalam setiap perkara yang kita lakukan tergolong dalam dua jenis perkara iaitu :
ⓐ Ibadah – di mana setiap perkara yang hendak dibuat mestilah berlandaskan hujah / dalil 
ⓑ Muamalat – setiap perkara boleh dibuat sehingga ada hujah / dalil yang mengharamkannya 

Isu penggunaan lilin mempunyai khilaf di kalangan ulama di mana ulama menyatakan:
➀ Haram : 
Sebab dikira dalam isu ibadah sebab berdasarkan hadith daripada Abdullah bin Umar, baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dikira daripada kaum tersebut.” (riwayat Abu Daud, no: 4031, al-Tabraniy di dalam al-Awsath).

➁ Halal : 
Sebab pengunaan lilin dikira dalam isu muamalat. Secara logiknya pengunaan lilin oleh muslim dalam sambutan hari jadi tidak dikira ibadah sebab memang tidak wujud niat dalam memuja tuhan orang kristian.
(http://www.islamweb.net/emainpage/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=89321) 

Bahkan sekiranya lilin tidak boleh digunakan oleh muslim dalam sambutan hari jadi, ia sepatutnya tidak boleh digunakan bila-bila masa seperti masa terputus elektrik dan object sacramental lain seperti air, tasbih, kemenyan, juga tidak sepatutnya disentuh dan digunakan oleh muslim langsung sebab semua merupakan objek sacramental.

Tambahan pula dalam artikel “Maksud hadis sesiapa menyerupai sesuatu kaum oleh Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin ada menyatakan bahawa : Perkataan man tasyabbaha (sesiapa yang menyerupai) iaitu tasyabbuh (menyerupai) dalam hadis ini merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi ciri khusus sesuatu pihak yang mana jika seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan mereka seperti pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu, atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu, maka dia dinilai dalam kalangan mereka.
(Rujukan : http://drmaza.com/home/?p=1292)


➂ Halal menjadi Haram: 
Apabila menghadiri upacara penganut kristian di mana ada doa ataupun sembahyang atau kematian yang memerlukan pengunaan lilin, muslim haram mengangkat lilin tersebut seperti penganut kristian sebab ia termasuk dalam isu ibadah sebab pada masa itu orang kristian menggunakan lilin dengan tujuan untuk upacara penyembahan.

2 comments:

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian ini..

aliya said...

Hanya penganut kristian roman katolik yang menggunakan lilin, roti, holy water, tasbih dalam upacara sembahyang mereka. Mereka yang lain dari gereja protestant [methodist, baptist dll] tidak menggunakan benda-benda itu.