Salam kepada semua,
Di sini ingin saya mencadangkan sesuatu yang mungkin sesetengah pihak rasa tidak perlu ataupun menyusahkan dan mungkin sesetengah pihak rasa perlu.
Saya rasa kebanyakan orang telah mengetahui bahawa statistik kes cerai di antara muslim adalah sangat tinggi dan membimbangkan. sebab itu salah satu inisiatif yang diambil oleh PAS adalah memberi pakej percutian kepada pasangan yang hendak bercerai. Bagi saya ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik. Akan tetapi, saya berpendapat inisiatif tersebut tidak menyelesaikan punca masalah. Kebanyakan pasangan yang hendak cerai akan melaluikan kaunseling untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut. Bagi pendapat saya, punca masalah sesebuah perkahwinan adalah sebab ilmu dan akidah kedua-dua pasangan tersebut.
Maka langkah pencegahan sepatutnya diambil sebelum perkahwinan iaitu kursus pra perkahwinan. Setahu saya kebanayakan kursus pra perkahwinan adalah dalam tempoh 2 ataupun 3 hari. Soalan saya ialah: Adakah kursus 3 hari cukup untuk menyediakan sesebuah pasangan untuk alam perkahwinan?
Oleh itu, saya mencadangkan supaya kursus pra perkahwinan dibuat sekurang-kurangnya 3 hingga 4 bulan ataupun lebih. Sebabnya adalah seperti berikut :
1. Sekiranya sesebuah pasangan yang sememangnya tidak menitikberatkan agama, kursus pra perkahwinan yang sebenarnya adalah langkah terakhir untuk memantapkan akidah mereka dan juga melahirkan generasi muslim yang baik sebelum mereka ada zuriat. Sebab akidah seseorang anak adalah bergantung kepada kedua ibubapanya.
2. Kursus selama 3 hingga 4 bulan dapat mengajar dengan lebih mendalam untuk setiap topik yang hendak disampaikan.
Manakala untuk cadangan topik adalah seperti berikut:
1. Pemantapan akidah
2. Kelas Iqra untuk yang tidak tahu baca Quran dan Kelas tajwid untuk yang tidak bagus dalam tajwid.
3. Tanggungjawab seorang suami dan isteri
Kursus ini boleh dikecualikan untuk sesetengah orang yang sememangnya mengamalkan Islam dengan baik. Akan tetapi biarlah ia melalui ujian untuk menentukan samada orang tersebut mempunyai ilmu yang cukup bagi membimbing sesebuah keluarga.
Kursus ini juga tidak semestinya dijalankan serentak, ia boleh diadakan setiap Sabtu dan Ahad. Ini adalah untuk memudahkan orang yang bekerja bagi hadir untuk kursus ini. Daripada situlah sebenarnya kursus tersebut tidak memerlukan kos dan tenaga pengajar boleh diambil dari tenaga pengajar masjid ataupun surau yang sememangnya pakar dalam bidang tersebut.
Mungkin sesetengah orang akan cakap bahawa kursus ini menyusahkan. Akan tetapi fikirlah, sekiranya kita tidak mampu memikul tanggungjawab untuk belajar agama untuk 3 hingga 4 bulan, adakah kita mampu untuk memikul tanggungjawab dalam perkahwinan ?
Akhir sekali, sekiranya ada cadangan boleh cadangkan , sesungguhnya saya tidaklah sempurna dan sentiasa memerlukan teguran.
.: القطط في المسجد :.
-
Kittens in the masjid.
"I know pretty much what I like and dislike; but please, don’t ask me who I
am."
Sylvia Plath, The Unabridged Journals of Sylvi...
0 comments:
Post a Comment