Sunday, March 2, 2014

Kenapa saya bertudung?

Sejak saya memeluk agama Islam pada tahun 2005, ramai not-yet-muslims bertanya kepada saya, kenapa saya mesti bertudung? Ramai je orang Islam di luar sana tak pakai tudung. Tak panas ke? Dan macam-macam soalan lain.

Kebanyakan orang akan jawab, ni adalah perintah Allah seperti dalam ayat quran ni:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-Nur 24:31]

Tapi ramai antara kita terlupa bahawa tuntutan menutup aurat dari Allah adalah kepada lelaki dahulu.
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [An-Nur 24:30]

Kenapa Allah turunkan perintah menutup aurat kepada lelaki terlebih dahulu? Kerana secara fizikalnya, lelaki lebih kuat dari segi tenaga dan lebih berpotensi untuk mengancam perempuan berbanding dengan sebaliknya. Jika lelaki menundukkan pandangannya dan terpelihara dari bisikan syaitan dan nafsunya, dengan izin Allah perkara-perkara yang tidak baik atau memudaratkan kemanusiaan akan berkurangan juga.

*******************************

Sebelum saya memeluk agama Islam, saya selalu testing pakai tudung dengan pinjam tudung sahabat saya. Masih ingat lagi, the moment and the feeling when I first time wear the tudung. MasyaAllah... Rasa macam secure, selamat je. Selesa! And nampak ayu juga ("nampak" ayu ye sebab saya ni bukan jenis yang lemah-lembut sama ada dari segi pertuturan ataupun tingkah laku). Aheksss....

Dulu, saya pakai tudung bawal bidang 45 je. Lama-lama, rasa tak tutup aurat betul-betul lagi. Tukar pakai tudung bidang 50. Pastu tukar lagi. Sekarang pakai tudung bidang 60. Dengan syarat tudung tu mesti tidak jarang. Alhamdulillah... Bila ingat balik, macam tak percaya je perubahan saya, dari saya yang free hair dulu sampai saya yang bertudung labuh sekarang. Oh ya! Please don’t call me ustazah! Bukan asal tudung labuh je mesti ustazah ya. Tqtq

Ok. Balik kepada persoalan-persoalan awal-awal tadi.


Question 1: Kenapa saya mesti bertudung? Ramai je orang Islam di luar sana tak pakai tudung pun.

Kita kena tahu bahawa, Islam dan orang Islam adalah berbeza. Islam is a religion, orang Islam adalah penganutnya. Biasalah kan, penganut Islam ada yang betul-betul ikut perintah Allah, ada yang tidak. Sama je untuk mana-mana agama pun. Kebanyakan not-yet-muslims tidak tahu atau tidak faham apa ajaran Islam sebenarnya. Bagi mereka, orang Islam = Islam. Har sebab tuuuu la kita kena dakwah kepada mereka. Explain kepada mereka apa tu Islam. Let them understand and clear their misunderstanding about Islam.

Saya pakai tudung bukan sebab fesyen, ikut-ikut orang. Main reason is to follow the command of Allah. Jangan disebabkan orang Islam yang lain tak pakai tudung, kita pun ikut je kan. Saya pakai tudung bukan kerana orang lain, just for the sake of Allah.

Question 2: Tak panas ke pakai tudung? Lagi-lagi tudung labuh pula tu.

Depends kepada individu tersebut. Some people said that mula-mula memang rasa panas. Lama-kelamaan, dah biasakan diri. So tak de perasaan dah. Hehe...

Bagi saya, TAk PANAS pun. Berpeluh tu biasalah bagi setiap orang bila waktu panas. Saya dari dulu memang rasa pakai tudung ni best. Dulu, waktu jalan-jalan kat luar, bila angin kuat je saya jadi rimas. Ye la. Angin kuat = rambut jadi kusut-masai. Tak suka betul. Kenalah cover-cover, jenguk-jenguk mana ada cermin leh tengok jap rambut jadi sarang burung tak. Bila dah pakai tudung, tak yah la fikir lagi masalah tu lagi. Wow! Best nyerrrr...

Lagi satu, ni penting. Tahu tak biasanya lelaki pandang perempuan, pandangannya ke mana dulu selain muka? Yeeeeeee dada dulu. Ni yang saya tak suka! Apasal nak pandang-pandang situ pula. Sebab tu bila saya pakai tudung, saya rasa secure sangattttttttt. Lagi-lagi tudung labuh. It covers well! No point for you (guys) to look at anymore! Alhamdulillah. Allah memang Maha Perancang. Allah plans well for me.

hui zhen comel bertudung
mama bertudung, hui zhen pun mestilah ikut mama bertudung juga kan. anak solehah mama.. ;P
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Ahzab 33:59]

Sebab-sebab saya tu tak semestinya dapat memujuk orang lain untuk menerimanya, sama ada muslims or not-yet-muslims. It really depends on the individu. Yang penting, saya cuba sampaikan mesej je. Hidayah milik Allah. InsyaAllah Allah akan bukakan pintu hati bagi mereka yang mencari kebenaran.

Allah knows best!

1 comments: