Thursday, May 14, 2015

Checklist Barang Keperluan Bayi

[Updated : 01/12/2015 ]

Assalamualaikum wa Rahmatullaah wa Barakaatuh,

Sebelum saya melahirkan Hui Zhen pada 2 tahun lepas, saya ada membuat checklist / senarai barang keperluan bayi. Selepas bersalin, checklist itu entah hilang ke mana (rasanya dah dibuang ke dalam tong sampah). Waktu itu budget diri ini ingatan bagus la, boleh ingat semua sampai bila-bila. Mana tahu... Haish.. Sekarang terpaksa buat checklist barang keperluan bayi semula untuk anak kedua ini. Dan baik saya tulis entry ini kat blog untuk rujukan pada masa akan datang (dan anak-anak akan datang). InsyaAllah.

Checklist yang saya buat ini general for all. Tapi ada sesetengah items itu saya tak beli / beli tapi tak pernah guna langsung. Depends on individual & own judgement sama ada barang itu betul-betul diperlukan atau tidak. Barang2 yang betul2 diperlukan atau paling asas, saya dah tanda * di tepi. Yang tak ada tanda * tu, optional. Bagi saya, yang tak ada tanda * tu boleh dijimatkan. :)

Checklist barang keperluan bayi ini saya bahagikan kepada beberapa kategori. Senang sikit. Tak bercampur-aduk.


A) Pakaian Bayi
- Baju lengan panjang & pendek*
- Seluar panjang & pendek*
- Baju sejuk
- Sarung tangan & kaki*
- Topi
- Tuala mandi*
- Tuala muka / sapu tangan kecil*
- Pampers*
- Lampin / napkin*
- 5 / 6 safety pin
- Seluar kalis air
- Barut
- Receiving blanket*
- Kain bedung
- Pencuci baju bayi
- Kasut

Remarks:
  • Baju newborn - 2-3 set dah cukup. Sebab bayi cepat membesar.
  • Baju sejuk - saya beli sehelai sahaja sebelum ini. Jarang guna sebab cuaca di Malaysia panas.
  • Topi - jarang guna sebab bila keluar masuk hospital waktu berpantang dulu guna receiving blanket sahaja. Senang nak cover kepala & badan bayi.
  • Pampers - jangan banyak beli yang newborn size. Bayi cepat membesar.
  • Bagi sesiapa yang rajin membasuh & nak berjimat, boleh beli lampin banyak. Saya beli banyak, sehingga 3-4 packs lampin. Tu pun tak guna semua. Bazir. Guna waktu berpantang sahaja sebab confinement lady yang basuhkan. Hehe.. Bila dah start bekerja guna pampers sahaja.
  • Safety pin - saya beli tapi tak pernah guna langsung. Takut tercucuk bayi. Lagipun bayi tak banyak gerak waktu kecil, so lampin yang dipakaikan masih dalam keadaan elok bila nak tukar lampin. Anak kedua saya bercadang tukar guna cloth diaper secara berperingkat.
  • Kain bedung - saya guna lampin sahaja untuk bedung bayi.
  • Kasut - saya tak beli kasut untuk anak saya. Bukannya dia boleh berjalan pun & lagipun dia cepat membesar kan.
B) Barang Penjagaan Bayi
- Lotion
- Bedak & bekas bedak
- Baby oil
- Minyak yuyi / telon / kayu putih*
- Pencuci mulut
- Sikat lembut
- Wet tissue*
- Barang mandian*
- Nappy rash cream*
- Pengetip kuku*
- Facial cotton
- Alcohol swab

Remarks:
  • Lotion, bedak & bekas bedak - amat jarang digunakan. Bayi dah ada bau badan dia sendiri. Wangi pula tu. Lagipun, saya tak suka bau-bau lotion & bedak. Rasa susah bernafas. And bedak ada habuk-habuk yang halus, boleh menyebabkan masalah pernafasan dan kerosakan paru-paru yang serius jika bayi menghirup habuk-habuk halus itu. Boleh try tanya uncle google kalau tak percaya: "Is it safe to use baby powder?"
  • Saya guna minyak kayu putih (cap burung kakatua) untuk sapu kat perut & kaki bayi. Brand ini mak saya yang rekomen. Waktu kami adik-beradik kecil dulu guna brand ini sahaja. And saya pun tak suka bau minyak yuyi.
  • Sikat lembut - tak pernah beli pun. Saya sikat guna jari sahaja. Haha...
  • Alcohol swab - biasanya hospital ada bagi botol merah kecil yang berisi air alcohol untuk sapu pusat bayi. Boleh guna yang itu sahaja. Yang ni suami saya yang beli. Tak tanya pula sebab apa dia beli. Hehe..
  • Baby oil - biasanya bayi ada kesan kotoran di bahagian belakang telinga, ketiak, celah2 kaki & tangan. Jadi saya akan letak sikit baby oil di kapas & sapu di bahagian tersebut untuk menanggalkan kesan tersebut. Pun boleh digunakan untuk menghilangkan kesan darah di kepala bayi secara perlahan2.
  • Nappy rash cream - saya guna Drapolene Cream (color pink). Boleh beli di mana2 farmasi. So far saya guna ni amat berkesan. Bila Hui Zhen cirit-birit, mesti akan melecet di buntut. Saya sapu sekali setiap kali dia cirit, alhamdulillah tidak pernah melecet selepas itu.
C) Keperluan Menyusu
- Botol susu : 3oz, 5oz*
- Puting susu botol (tengok size / lubang)
- Steamer / Warmer
- Breastpump*
- Breastmilk storage (bag/bottle)*
- Berus cucian botol*
- Pencuci botol*
- Tempat pengering botol
- Milk dispenser (kalau ada bagi formula milk)
- Nipple cream

Remarks:
  • Steamer / warmer - saya tak pernah beli. Guna air panas sahaja untuk cairkan breastmilk yang dah dibekukan / panaskan formula milk.
  • Breastpump - saya beli breastpump brand Rumble Tuff. So far not bad. Puas hati. Pernah guna manual breastpump. Sakit gila bila pump. Aduh... Last2, dibuang ke dalam tong sampah.
  • Nipple cream - tak beli pun tak apa. Saya sapu breastmilk di tempat yang merekah / cedera je. Natural way to heal.
D) Barang Mama
- Set lepas bersalin + bengkung
- Maternity pad / sanitary pad
- Nursing bra
- Breast pad (reusable/washable/disposable)
- Stokin

Remarks:
  • Maternity pad / sanitary pad - saya guna maternity pad je. Darah nifas tu lebih kurang macam darah haid je. So bagi saya, tak perlulah sengaja beli pad yang lain.
  • Breast pad - saya guna milk collection shells. Boleh basuh & guna lagi. Tahan lama.
  • Set lepas bersalin - saya tak beli. Haha... Banyak makan yang natural foods sahaja. Tak adalah beli apa-apa set pantang pun.

E) Keperluan-Keperluan Lain
- Bath tub*
- Baby cot / playpen*
- Stroller
- Walker
- Baby carrier*
- Car seat*
- High chair
- Bakul / almari untuk barang bayi
- Bantal

Remarks:
  • Baby cot untuk anak pertama. Playpen untuk anak kedua. Saya prefer playpen.
  • Stroller / car seat - Stroller tak guna sebab agak susah nak bergerak ketika berjalan2. Saya selalu guna ring sling je. Car seat amat disarankan untuk keselamatan bayi.
  • Walker - tak guna untuk anak kedua sebab lepas membaca, mendapati walker akan melambatkan perkembangan motor tubuh anak. Boleh cari di google : "Keburukan Baby Walker".
  • High chair - pernah fikir nak beli, tapi tak jadi.
  • Baby carrier - kawan saya yang merupakan breastfeeding counselor ada bagi ring sling. At first tak guna sangat sebab tak pandai guna. Bila Hui Zhen dah besar & berat untuk didukung, try la ring sling tu. Best la. Ringan & senang nak bawa berjalan. Kalau nak beli baby carrier, kena berjaga-jaga sikit. Ada jenis yang tak sesuai untuk tumbesaran bayi & mungkin boleh membahayakan nyawa bayi. Jangan nampak murah & cantik terus beli. Kaji dulu. Keselamatan diutamakan k.
  • Bantal - saya tak sarankan guna bantal yang ada lubang bulat di tengah. Orang kata kononnya nak kepala bayi bulat & cantik. Guna lampin sahaja pun cukup. Bayi kena tidur mengiring supaya bila dia muntah susu tak tercekik / masuk hidung. Hui Zhen dulu pernah termuntah susu & masuk hidung sebab tu. Sejak hari itu, saya tidak guna bantal jenis tu & letakkannya tidur mengiring, walaupun orang2 tua kedua-dua pihak ingin menjaga "kebulatan" kepala. Saya sedar bahawa, saya rela anak saya tak cantik dari segi rupa, asalkan dia selamat.

Checklist bagi barang bayi yang nak dibawa ke hospital kat entry lain pula ya. Sekarang "belanja" gambar pula. Hehe...

pakaian keperluan bayi
Koleksi pakaian Hui Zhen waktu dia kecil dulu. Boleh dikatakan kebanyakannya mak saya pos dari Sarawak. Dan pakaian dari hometown itulah pakaian kami adik-beradik dulu tau? Mak kata dia simpan untuk cucunya. Haha..

kain barut cina
Ini kain barut style orang cina. Turun-temurun juga ni.

baby socks
Ini socks yang saya dah asingkan untuk TIDAK dipakaikan pada anak kedua nanti. Risau benang-benang dalam stokin itu terikat pada jari kaki dia nanti & terluka tanpa disedari.

selimut tuala mandi bayi
Koleksi selimut & tuala mandi yang mak sengaja belikan & poskan dari Sarawak.

minyak kayu putih cap burung kakatua
Minyak kayu putih - dipos dari Sarawak juga. Sebab kat sini tak tau nak beli kat mana.

pencuci mulut bayi
Pencuci mulut bayi - untuk hilangkan susu kat lidah bayi. Biasanya orang Melayu guna napkin + air suam kan. Ini kira style orang Cina cuci mulut bayi kut.

medela milk collection shells
Milk collection shells. Saya tak guna disposable breast pad. Breastmilk yang terkumpul dalam shells boleh disimpan & bagi bayi minum nanti. Tak adalah membazir kan.

alcohol swab
Alcohol swab untuk lap pusat bayi.


0 comments: