Friday, October 22, 2010

Cinta kepada Mu

Orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah (Al-Baqarah 2:165)

Sesungguhnya Allah telah memberi kita nikmat yang begitu banyak sekali namun Allah hanya meminta sesuatu untuk segala-galanya yang diberi olehnya. Iaitu dengan mengaku bahawa Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w merupakan pesuruh Allah.

Mengapa kita perlu cintakan Allah? Jawapannya mudah sebab Allah yang paling mencintai kita. Allah mencintai kita lebih daripada sesiapa sahaja yang telah, sedang atau akan mencintai kita.

Bertapa malangnya manusia yang tidak mengenal Allah dari masa lahir sehinggalah dia meninggal. Ada juga yang sangat bernasib baik di mana dalam sesuatu peringkat hidupnya Allah memberinya hidayah. Lalu orang tersebut tersentak bahawa cinta sebenar adalah cinta kepada Allah.


Tanda Cintakan Allah

Sahl bin Abdullah berkata, "Tanda cintakan Allah adalah cintakan al-Quran. Tanda cintakan al-Quran adalah cintakan Nabi s.a.w. Tanda cintakan Nabi s.a.w adalah cintakan sunnah Baginda. Tanda cintakan sunnah Baginda adalah cintakan akhirat. Tanda cintakan akhirat adalah tidak mencintai diri sendiri. Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci dunia. Dan tanda benci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup."


Mati Syarat Bertemu Allah

Imam al-Qurtubi menerusi satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitabnya al-Hilyat menyatakan: ketika Nabi Ibrahim a.s. didatangi Izrail untuk mencabut nyawanya, berkata Ibrahim kepada Allah s.w.t : "Wahai Izrail, pernahkah seorang kekasih mencabut nyawa seorang kekasihnya sendiri?' Lalu Izrail memberitakan pertanyaan Ibrahim ini kepada Allah s.w.t . Maka Allah s.w.t. memerintahkan Izrail menyampaikan jawapannya kepada Ibrahim sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Wahai Ibrahim, Apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak gembira untuk bertemu dengan kekasihnya sendiri?" Apabila Ibrahim mendengar jawapan Allah menerusi Izrail ini, berkata Ibrahim: " Wahai Izrail, cabutlah nyawaku saat ini juga!"

Inilah kesempurnaan mahabbah hamba terhadap Rab-nya. Ia pasti terhasil apabila sifat kehambaan itu dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan yang singkat ini.


Resipi Menambah Cinta Terhadap Allah

1. Menjaga ibadah-ibadah yang wajib
2. Membaca dan tadabbur al-Quran
3. Sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t


Sesungguhnya saya cukup kesal sebab lambat mengenalMu Ya Allah, namun saya bersyukur kerana Allah masih sentiasa cinta kepada saya dan memberi hidayah kepada saya walaupun kadang-kala saya jauh dariNya.

Ya Allah, sekiranya diizinkan olehMrefu, matikanlah hamba dalam keadaan beriman kepadaMu.


Wallahua'lam.

1 comments:

edogawa conan said...

cukup hanya dengan cinta Allah kita mampu untuk rasa kitalah manusia paling bahagia walaupun tidak memiliki cinta dunia..
cinta dunia belum mampu menjanjikan bahagia..
andai dunia dan isinya tidak mampu menjanjikan bahagia..tunggulah bahagia dengan mencintai Dia..Allah satu-satunya yang tulus mencintai kita..

firman Allah:
...barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala disisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.
surah Al-Baqarah..ayat 112

daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"tidak sempurna seseorang di antara kamu sehingga aku lebih di cintainya daripada kedua ibu bapanya, anak-anaknya dan seluruh manusia."
hadis riwayat Bukhari dan Muslim..