Sunday, March 29, 2015

Usrah Family: Akhlak Muhammad S.A.W. [part 1]

Assalamualaikum wa Rahmatullaah wa Barakaatuh,

Beberapa minggu yang lepas, kami telah membeli sebuah buku yang bertajuk "Ensiklopedia Akhlak Muhammad S.A.W.". Harganya RM98 senaskah. Boleh mendapatkannya di MPH Bookstores.

Kami sudah mula membuat mini usrah family kami beberapa minggu lepas. InsyaAllah kami cuba maintain buat mini usrah family ini minimum setiap minggu sekali. Sesi untuk berkongsi ilmu & pendapat. :)

Dan kami akan cuba summarize mini usrah kami & berkongsi ilmu dengan kalian juga. Sama-sama kita belajar ya. InsyaAllah. :D

ensiklopedia akhlak Muhammad S.A.W.
Ensiklopedia Akhlak Muhammad S.A.W.
Description dari belakang buku tersebut:

Rasulullah SAW adalah sumber teladan yang layak kita ikuti, kerana Allah SWT berfirman: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
[Surah al-Ahzab: 21]

Keteladanan yang baginda tunjukkan melalui akhlak mulia adalah rahsia kejayaan baginda dalam menyampaikan dakwah Islam dan ini dilakui oleh banyak pihak, sama ada muslim ataupun bukan muslim.

Penjelasan secara terperinci tentang rahsia itu kini ada di dalam ensiklopedia ini sehingga pembaca dapat mengamalkannya di dalam kehidupan sehari-hari dan memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.


* * * * * * * * * * * * * * * * *

Pendahuluan:
  • Perkataan yang benar adalah al-Quran yang suci & hidayah terbaik adalah hidayah yang datang daripada Rasulullah S.A.W.
  • Amalan terburuk adalah hal-hal baru (dalam agama).
  • Setiap hal baru tersebut tergolong bidaah; setiap bidaah memimpin menuju kesesatan; setiap kesesatan akan kembali ke neraka.
  • Seorang mukmin harus berusaha keras untuk menjadi buah tutur yang baik bagi generasi akan datang.
  • Kalilullah Ibrahim a.s. pernah memohon, "Dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian." [Al-Syu'ara' 26:84]
  • Islam membawa misi dakwah yang menjunjung akhlak mulia & berasaskan akhlak yang luhur.
  • Akhlak mulia adalah Islam itu sendiri.
  • Ketika Aisyah r.a. ditanya Qatadah mengenai akhlak Nabi S.A.W., dia menjawab, "Akhlak Rasulullah adalah al-Quran." [HR Ahmad; hadis sahih]
  • Intipati utama agama Islam adalah akhlak. Jika seseorang memiliki akhlak yang lebih baik daripada akhlakmu bererti dia lebih tinggi darjatnya daripada dirimu dalam hal agama.
  • Akhlak yang baik itu berdiri di atas 4 asas: Kesabaran, Keberanian, Keadilan, Kesucian.
  • Kesabaran: membantu seseorang untuk lebih tahan lasak, mampu menahan amarah, tidak merugikan orang lain, bersikap lemah-lembut, santun & tedak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu.
  • Keberanian: menjadikan seseorang kuat untuk menjaga harga diri, mudah untuk menetapkan aturan & akhlak mulia, ringan tangan, tidak ragu mengeluarkan harta yang dicintainya, menggenggam erat ketegasan jiwanya & tidak mudah putus asa, mampu melawan hawa nafsu. Rasulullah S.A.W. bersabda, "Keberanian bukanlah ditunjukkan dalam bergaduh, melainkan dalam menguasai jiwa ketika marah." [HR Al-Bukhari & Muslim]
  • Keadilan: mengasah sikap seseorang untuk terus berupaya membetulkan perangainya, membantu memilih antara bersikap terlalu berlebihan & bersikap terlalu kurang, bersikap dermawan & murah hati, menyuntikkan sifat berani, melahirkan sifat santun.
  • Kesucian: mendorong seseorang untuk tidak tergelincir ke dalam perkataan & tindakan yang merendahkan & menjatuhkan martabatnya, menghindarkannya untuk terlibat dalam perbuatan keji, kedekut, dusta, mengumpat & mengadu domba.
  • Dengan ilmu, seseorang dapat mengenal & mengetahui akhlak mulia & akhlak tercela.
  • Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sesuatu yang paling berat dalam neraca timbangan adalah akhlak mulia." [HR Ahmad,; hahis sahih]
  • Rasulullah S.A.W. bersabda, "Orang mukmin yang paling mulia adalah orang-orang yang berakhlak mulia." [HR Abu Daud, At-Tirmizi & Hasan; hadis sahih]
  • Akhlak mulia memiliki potensi yang besar dalam kejayaan dakwah agama Allah di muka bumi, sebagaimana ia mudah meresapi hati para pendengar.
  • Manusia tidak melihat kadar ilmu & kadar ibadah kita. Mereka lebih sering memperhatikan perangai & cara bermuamalah kita.

0 comments: