Friday, December 27, 2013

Are You Ready for Marriage?

Perkahwinan bukanlah sesuatu yang senang, maka janganlah anda mengambil jalan yang mudah untuk mencapai matlamat anda. Contohnya ialah pergi ke Thailand untuk mendaftarkan perkahwinan, berkahwin tanpa izin ibu bapa.

Sebelum itu, tanyalah diri sendiri terlebih dahulu, adakah anda sudah bersedia untuk berkahwin melalui beberapa persoalan di bawah:
  1. Adakah untuk berjumpa / berbincang dengan bakal mertua itu sesuatu yang payah? Sekiranya payah kenapa anda hendak menempuh sesuatu yang lagi susah iaitu 'Perkahwinan'?
  2. Adakah melalui sedikit proses perkahwinan contohnya kursus pra-perkahwinan, borang, wali hakim dan sebagainya yang melibatkan mungkin sedikit birokrasi merupakan proses yang payah? Sekiranya begitu, kenapa anda bercadang untuk mengambil cabaran bagi menempuh ujian yang lagi payah untuk jangka masa yang lagi lama daripada proses tersebut iaitu 'Perkahwinan'?
  3. Untuk pihak lelaki, adakah anda cukup 'lelaki' untuk berhadapan dengan bakal mertua anda? Sekiranya ya, maka buatlah apa yang anda patut sebagai 'lelaki' untuk mendapatkan perempuan berkenaan dan bukannya ikut cara 'short-cut'.
  4. Untuk pihak perempuan, sanggup ke anda mengikut seseorang lelaki yang tidak berani untuk berhadapan dengan ibu bapa anda? Adakah lelaki macam ini yang menjadi idaman sebagai Imam anda? Pilihlah secara bijak sebab lelaki inilah yang akan membimbing anda dan anak anda nanti.

p/s : Semua persoalan di atas adalah untuk kes-kes yang saya pernah terima secara umum.

0 comments: